Thursday, March 16, 2006

suatu kisah, di zaman silam

termenung seketika setelah selesai menonton 'a walk to remember'. Tiba2 terkenangkan kenangan zaman remaja. masa usia masih mentah, masih berjelantah.
______

cerita bermula..

pertama kali nampak dia (ali; bukan nama sebenar), hati ku sudah tak keruan. hebat sangat ke? tak tau la. tapi selepas tu, tiap kali bertembung, langkah tak teratur lagi, pandangan tak tau nak diarah ke mana. walhal, org tu takde ape perasaan pun pada ku. mungkin langsung tak sedar kewujudan ku.
______
dua tahun berlalu. satu hari, seorg teman meletakkan sepucuk surat ke atas tapak tgn ku. 'ada org kasi' katanya. ku baca surat itu, asalnya dgn tenang, mungkin ada yang ingin memesan apa2. kemudian, bila selesai, terkaku rasa nya diri ku. ku baca sekali lagi, manalah tahu, tersalah tafsiran. apa yg ku baca, benar sekali. isi surat amat ringkas dah jelas maksud nya. ali mahu mengenali ku dgn lebih mendalam. hehehe. aku tak bertepuk sebelah tangan. siapa sangka, dia juga meminati ku sejak pertama kali melihat ku. hehaha. geli usus ku.

kami berkawan. tidak lama selepas itu, kami tidak lagi belajar ditempat yg sama. masing2 dgn hala tujuan sendiri. kami masih berkawan, walaupun boleh dikatakan jarak memisahkan kami. jika dekat pun, dalam usia itu, aku tidak berminat keluar dating. sabo je la. 3 tahun masa berlalu. dia berubah, mungkin aku jua berubah. namun, mana la aku nak sedar perubahan diriku. tapi aku sedar perubahannya. dulu siuman aje pada pandangan ku, skrg.. bercakap pun mcm nak tiru gaya2 mat gian. ntah gaya mat gian ke gaya mat rock ke, kurang pasti. tapi sungguh tak enak gaya percakapannya. teman2 ku jua sering bercerita mengenai ali yg sudah berbeda bangat dari dirinya dulu. masa beredar, insan berubah.

setakat itu sahaja hubungan/persahabatan kami. 2 minggu sblm peperiksaan besar dlm sejarah hidup kami sbg pelajar, ku putuskan apa jua hubungan yg ada antara kami. kenapa? begitu benci kah aku dgn si ali yg dulu ku puja. yang dulu nya ku nanti setiap pagi utk kulihat muka nya. yg dulu ku nanti saat2 dia keluar dari sekolah setiap kali ada aktiviti tambahan. dia juga insan pertama yg benar2 ku buka hati ku seikhlas nya. insan pertama selain ahli keluarga dan teman rapat yg pernah ku sayangi. hubungan kami berlalu begitu sahaja. dia ada mengirim surat, memujuk. namun surat itu hanya tiba ke pangkuan insan yg menapis segala keluar masuk komunikasi ku dgn dunia luar ketika itu. jadi, ianya berakhir di situ. hati ku amat pilu.
______
masa berlalu, amat pantas. 2 tahun kemudian, kami bertemu semula. tak disangka2. masa itu, masing2 sudah ada pasangan yg lain. kami berkawan. hati ku riang. kami mula berkongsi masalah yg kadangkala tak kami kongsi dgn pasangan sendiri. tak ku fahami kenapa. lebih senang berbicara dgnnya berbanding kekasih sendiri. heh.
beberapa bulan berlalu. kami berdua telah menjadi 'young, single and available' semula. kami makin rapat akhirnya menjadi pasangan kekasih semula. saat itu, aku rase amat le bahagia nye. tapi, bagai kan ade sesuatu yg hilang. bagai kan ade satu jurang yg amat luas antara kami. kenapa lah hanya disedari setelah terlewat..

beberapa bulan berlalu. kali ini, dia pula mula menjauhkan diri. padan muka ku, dulu tinggalkan dia sapa suruh. tiada lagi panggilan telefon sekerap selalu, tiada lagi kunjungan ke kampus ku, tiada lagi sms dgn kata2 manis, tiada lagi... pendek kata, sume dah takde. akhirnya ku gagahkan diri bertanya, ke mana agak nya hala tujuan kami. diam, tiada jawapan. ku anggap hubungan ini telah berakhir, sekali lagi. sebulan kemudian sepucuk surat tiba, 'hubungan kita setakat ini sahaja'. ali mengatakan yg dia tak mungkin dapat membahagiakan ku. aku jua merasakan yg dia tak bahagia berkawan dgn ku. ku rela kan perpisahan itu. walaupun dalam hati ku, tak tau la.
_____
selepas itu, semua lelaki ku pandang sama. pandai berkata2, pandai berjanji; namun jarang ditunaikan. selepas itu juga, aku bagaikan malas memandang handphone ku. selepas itu (lagi), aku benci kan Terminal One, Mahkota Parade, Mines and etc tmpt yg pernah dijelajah bersama dlm waktu yg amat singkat itu. filem terakhir yg kami tonton bersama juga tak mahu ku tonton lagi. pedih rasa nya mengenangkan kenangan hari terakhir menonton wayang bersama. itu lah jua pertemuan terakhir kami.

selepas itu, kami tak lagi berhubung. harapnya biarlah begini sampai bila2.

cerita tamat....
________

Kisah hampeh ini tak ade kaitan dgn yg hidup mahu pun yang dah tiada. sekadar coretan mengisi masa lapang yg tak berapa lapang. bagi yg membca hingga akhir, thanks a bunch. bg yg tak, entry ini mmg agak membosankan, sama la dgn yg lain pun.
saint st patrick's day 2006