Sunday, September 10, 2006

Please note!

MotoGP di Sepang baru saje abes. Menyaksikan saat2 genting di lap-lap terakhir agak menggerunkan. aku pun turut same berdebar2. Capirossi memberi saingan yang sangat bangat sengit. Tapi, phewwhhh, Rossi menang!!!!! Bak kate Rossi, Sepang is his favourite track :). fullstop.

sekarang duduk rumah sensorang, makan spagetti goreng yg ter-over pedas bersama rootbeer yg menambah pedas sambil update blog dan menonton red carpet Anugerah Era sebab dah tak tau ape lagi nak tengok kat tv. Dalam pada itu, otakku jua berjalan pantas memikirkan apa perancangan untuk perjalanan hidup ni seterusnya. Aku bukan lah jenis yg selalu plan something ahead on. Perkara selalu berlaku dalam hidup ku secara spontan. Contohnya kareer ku hari ini, tak pernah terlintas pun di kepala masa zaman study yang aku akan ceburi bidang ni. tak pernah tau SAP tu wujud. Kemudian, tak terlintas pun yg aku akan berkerja di company sekarang. dan tak tahu jugak ape yang nak aku buat atau capai by next year.

Minggu lepas, terlepas kata pada mama ku, menyatakan hasrat hati untuk meneruskan kareer dalam bidang lain. Luahan yang sebenar nya, entah ke-berapa kali untuk 2 tahun lebih ni. Kata mama, boleh, tapi kene la ada plan nak buat apa next. Itulah yang payah, aku tak minat nak kerja sebagaimana sekarang, walaupun aku tau, masa depan MUNGKIN cerah, tapi, aku pun tak tau nak buat apa lagi. Tadi ayah ku bertanya, aku nak berenti kerja ke? Terpana seketika. apa yang ku bagitau pada mama pasti sampai ke pengetahuan bapak, apa yang ku bagitau pada bapak, sure tak sampai kat mama. hehe.

Kini, masih berlegar-legar di kepala. What do i really wanna do? orang kata, sementara muda, masih mudah untuk ubah line of expertise.

Semoga perjalanan ini kan terus tenang. Doakan ya!
Jadi, apa kaitannya, title, image dan content?


3 comments:

Izhal said...

career change in mind??? keep in mind, TIME is more precious than gold...

ps-
ini tanda dilarang memancing ke??? mana tulsian dalam BM??? oh tak perlu kot, gambar tu dah cukup untuk melayu buta huruf ke??? get what i mean... heheh... lainlah kalau gambar ni kat negeri cina ke...

shu said...

hehe, sign itu di negeri Jiran kita.. singapura..

Izhal said...

ahhh... dumb me... patutle :)