Wednesday, January 31, 2007

~some attitude

semalam, on the way nak blk shah alam dari melaka, aku had an experience that i have nvr had before. Tak sampai sepuluh minit keluar dari rumah, tak lama lepas aku passed by balai polis bukit rambai, ada tiga buah motor kat depan/tepi aku. Umur penunggang2 dan pembonceng2 mungkin tak lebih dari 18 tahun. Masih kanak2 hingusan. Tapi lagak di jalanraya bagaikan mafia mana. Umur baru setahun jagung. Aku memotong salah satu motor tu, sememangnya aku kurang gemar memandu berdekatan dgn motor2, terasa bahaya.


Tak pasti sama ada tindakan aku memotong motor yg satu menimbulkan rasa marah pada mereka. Lepas tu mula lah mereka mengusik2 dgn menunggang motor bagaikan org kurang siuman di kiri, kanan, depan dan belakang kereta ku. Adik ku cuba snap gambar motor mereka. Aku pula dah mula terasa nak telefon bapak. Tapi dgn keadaan motor2 depa, terasa risau gak, satu je, kalo aku terlanggar kang, aku gak yg salah. Sah2 paling kurang terseret gak muka sensorg kat jalan. Mentang2 kami berdua dalam kereta ni perempuan, korang saje nak intimidate. Jalan pulak sempit, susah nak drive laju2. Lama jugak la diorg mengacau cam tu sampai aku tekan hon lama yg amat. biol!


Sampai hari ni bila pikir2 terasa amat sakit hati. Kenapa lah sesetengah budak melayu berperangai cam ni? Bukan ke Allah kurniakan kita semua dgn akal supaya dapat menilai dgn baik apa yg patut buat, apa yg tak patut. Yang ngong sangat pegi bahaya kan diri n org2 lain atas jalanraya tu kenapa? Tak sayang nyawa? Tak sayang motor ayah awak yg awak pinjam tu? Gila ke? Kalau lah aku betul2 'kakak ipar', aku rase dah gol dah 5 orang budak remaja berkenaan. Sorry naik lorry. Aku mmg damn upset.

Utk budak bengong yg menunggang BES 7869 cam hampehs mlm tadi, WTH!!!!?????


maaf, entry saya hari ni kurang sopan, tapi, saya teringin sangat meluahkan rase, sbb sy mmg amat marah. Saya amat marah hingga saya boleh memandu dlm kelajuan 150km/h tanpa ade rasa takut. Bahaya, saya juga membahayakan diri.


Lupakan je lah, kan..


BES 7869... demmit..

No comments: