Wednesday, March 14, 2007

~tak kan pernah mengerti..




Sekian lama tak menghubungi satu sama lain, akhirnya satu panggilan ku terima lewat malam tempoh hari. Hanya berbual biasa (mungkin), tapi aku tak faham, apa yg dicari lagi. Tak pernah sekali pun terasa nak mendengar kabar berita dari dia, ntah la kenapa. zalim? mungkin..

Dia kedengaran berbeza dari dulu. Pastinya masa mampu merubah insan. 4 tahun bukan tempoh yang singkat. Aku juga jauh berubah. Mungkin masa dah merubah segalanya.

Bila ditanya apa mahu nya, tiada jawapan yg jelas. Tambahan pula dgn ke-blur-an yg ade, pasti nya aku lebih terpinga-pinga.

Cuma hati terdetik, kalau dulu dia mampu datang dan pergi dgn sesuka hati sesedap rase, perkara sama akan berlaku lagi. Mungkin, aku tak pasti, tiada apa yg pasti kini.

Kata orang cinta tu buta, iye ke? Ah.. susah nak faham mungkin kerana hati ni dah tawar. Segala janji manis yg pernah didengar bagaikan takde nilai langsung. Semudah itu kah insan menabur janji.

Hati ni susah dipujuk, namun ia mudah tergugat, tak sekuat mana. Semoga Dia kan sentiasa mempermudahkan perjalanan ini.

Kalau benar seseorg tu mmg utk kita, dia tetap utk kita, kan?


Kadangkala,
kita lalai,
dalam mengejar sesuatu,
kita lupa,
pada perkara yg membawa,
kebahagiaan dalam hidup,
c i n t a..

No comments: