Friday, May 01, 2009

about this one girl and a man



a bit hesitate to write about this earlier, but.. i decided to.. just to pour my own thoughts @ my own space..

perhaps most are aware or likely heard about some fairy tale marriage (was it? no idea) turned out to be real ugly now. this has been a very hot story in our neighbour country (the marriage was between a man from our country with a beautiful girl from seberang). when i was there a week ago, the news about it kept being showed at all the infotainment channel. berulang2, i'd say. kdg2 got bit irritated, sbb semua will look at me as tho aku la yg slh. (aku je rase camtu.. haha).

i read around, most blogs/medias got their own perceptions and stories. different2 versions.

cerita from ibu this girl, anak dia sekarang ni diculik, didera by the husband, etc. in simple words, the marriage isnt working. then ibu dia pun cannot come to our country to see anak dia. a lot of other versions of stories. kata hubby aku, ada jg forum/site dari negara jiran mengatakan ibu dia ni pembohong, mmg dari dulu, for money n etc. ntah.

apa yg sebenarnya berlaku pun tak tau la. and am not gonna state in detail di sini sbb aku pun tak paham.

takde ape2 statement pun lagi dikeluarkan oleh si suami, cuma our media keep saying, those didnt happen. they are happy. mmg harapnya mcm tu la kan. semua org nak happy kan. kesian jg si isteri kalo dizalimi.

aku tak really peduli hal rumahtangga org sbb aku jg tak suka org campur hal rumahtangga aku.

Anyhow, negara sebelah, dah panas2, marah2. semua insan di negara kita dikatakan jahat, rapist, kidnapper, pencuri (budaya) etc. aneh. MIL aku pun ms tgk news tu kate, jgn sampai perang aje ni. (yeah, dlm hati aku berkata, tak pasal2 kerana sepasang suami isteri ade crisis or whatever, jadi issue negara melibatkan bnyk lg nyawa and perasaan).

susah nak happykan semua org, sbb ade nye manusia yg tak pandai cari kebahagian sendiri, pandai cari keburukan org then kepoh2.

dulu sebelum kawin, aku & hubby dah bincang hal2 mcm ni. yeah, kita dan negara sebelah, walaupun dekat, tapi tak la sebulu sgt kan. ade je sket2 nak gaduh. mcm budak kecik. we decided, hal rumahtangga has got nothing to do dgn hal negara. hopefully.

its not easy, for both of us. bila di sana, org asyik condemn negara sini, aku lah yg terasa. bila kat sini, hubby aku lah yg makan hati. sian dia.

kadang2, sebagai manusia, kita terlalu mudah melabel org. orang dari sini, jahat.. orang dari sana, wah baik... tapi, bukan semua orang sama. even kita sama2 malaysian, same ke semua? semua baik? semua jahat? semua kaya? semua miskin? ada mcm2 kan. yg di sebelah sana pun sama la kan.

bila kita teringat negara jiran, kita teringat maids, construction workers. kita lupa, ade jg yg jadi lecturer in universities, IT consultants, engineers ~ those are not cheaply paid expats. they are most of the times being paid more than we are who work in the same line. why? simply bcz they are more experienced. else they wont be hired here.

bila negara jiran teringat negara kita, they will always label us as pencuri. kita ni takde budaya kata nya. kita curi semua dari sana.. oh dear me. aku tak tau. mungkin la jgk. sbb dari zaman dulu pun they came here, berdagang etc, ended up menetap disini, just like super2 great2 grandfather aku. dtg ke melaka, buka satu kampung, then berkembang biak dari situ. that was super long ago. aku ntah generasi ke berapa. dan ini banyak berlaku. jadi, budaya nya pasti lah berpindah kan? tak? just like negeri sembilan and padang. diorg kan same, org minang. what to do kalo dulu org2 padang bawa kaum kerabat pindah sini kan, same la budaya nyer. adakah kita mencuri budaya mereka? mungkin lah, ape aje janji korang happy. aku bukan pakar budaya.

di satu site ni aku baca, one girl ni kata, yeah, kalo kita jahat, kenapa org keep coming here illegally jgk, bersusah payah. dah kita jahat, jgn la dtg.. ade plk yg dari sana menjawab, kalo org sana tak dtg, ade ke org sini yg nak buat kerja2 yg mereka buat sbb kita ni terlalu bangga diri, tak boleh buat kerja2 yg dia buat. kalo tgk pun dah jelas2, ade demand, ade supply, benda jalan la. saling bergantungan. tu pun nak gaduh. tak payah la dtg secara haram, kan ade correct and legal channel kan. kita pun tokleh masuk uk illegally kan.......? salah jgk kan??? same je la. bkn la kita too sombong. kalo mmg same2 memerlukan, kita idup je lah aman damai, tenteram harmoni, cannot uh?

kata someone, media sana kadang2 agak suka menghangat2kan keadaan. kata ku, yeah media sini kadang2 suka senyap2 je. :p

kita tak la bising2 sgt bila org kita kena rompak dgn orang sane, kena kidnap, kena raped. kita bising sikit, masuk paper, kita investigate, tangkap. tapi takde la kita keep playing on tv dramatically kononnya seluruh rakyat sana jahat.

mungkin aku a bit biase, lebih berpihak ke negara sendiri. mungkin jg hubby berpihak ke sana. takpe, aku faham.

satu blog dari sana yg ada entry menarik mengenai berita nih, dia memberi details kronologi yg berlaku. kemudian dia mempersoalkan, kenapa, bila org biasa, bkn insan cantik, dirogol/didera, takde la berita diheboh2 sgt. betul. kenapa? yg cantik aje valuable?

di sana jg mereka mendengar cerita, majikan disini, contohnya majikan to maids, zalim2. suka dera2. aku pula berkata kpdnya, ada dengar kes anak2 dikerjakan by pembantu2 rumah? takde kan? ade dgr cerita pembantu cuba bunuh majikan? takde kan? semua berita tu tak disiarkan disana sbb bg yg disana that never happened. mmg ade majikan disini yg suka mendera, ade jgk pembantu yg suka kan keganasan. jadi nya, manusia ni mmg tak sempurna. (aku tgh seram ni sbb maybe terpaksa cari pembantu lepas deliver nanti :( ). Aku hope semua would be ok.

so.. kesimpulannya, jgn la kita too stupid. nilai la sesuatu dgn otak, bukan dgn perasaan semata2. kita kan dikurniakan akal fikiran. fikirlah baik2. cuba perasaan kita, kita fill it with love. sure dunia jadi lebih indah untuk didiami. hidup ni lebih indah utk dihayati. (ini bukan la sgt nasihat utk org lain. more to utk aku sendiri. aku insan biasa, perlu sentiasa mengingatkan diri).

//giler panjang entry today, hasil dari kekurangan kerja di hari pekerja yg mana aku perlu bekerja.

PEACE!!!

4 comments:

Asiah Abd Jalil said...

Nice entry, Shu! Tak tahu pulak yang suami Shu orang sana. Mesti mencabar kan hidup sebumbung dalam dua budaya.

My husband pernah attached kat Saudi Arabia, bandar tu nama Jubail, penuh dengan orang asing yang kerja dalam industri minyak. My husband cakap, orang Indon kat sana baik-baik, warak-warak, walaupun kerja kuli, tapi ada akhlak yang terpuji. Tak macam kat Malaysia, Indon yang kerja kuli kat sini perangai macam-macam, makin menambahparahkan masalah sosial. Mungkin sebab surrounding and circumstances, Malaysia dan Arab Saudi, jauh berbeza.

I banyak jumpa lecturers Indon yang hebat-hebat. Diorang hebat hanya dengan belajar kat universiti dalam Indonesia aje, tak pernah pergi UK, US, Jepun semua. Yang tu tak pulak orang highlight, asyik nak highlight pasal Indon jadi kuli aje.

Inilah dunia...

shu said...

yeah..

and they dont like to be called Indon.. i mean, at least those educated ones. they said, they are indonesians.

I just knew that too when my hubby told me.

just like bangladeshi, kita panggil bangla, pakistani, kita panggil paki. kita tak tau org suka ke tak, sbb kita bukan mereka. perasaan masing2 berbeza.

kita malaysian, dipanggil Malay, ia masih membawa maksud Melayu.

over there, i heard they have a name for malaysian, "malingsia".. maling means, pencuri. how they label us. i dont like it when i heard it.

Miss KouzEr said...

hurm...
tak perlu ckp org seberang,even aku sendri pon mengalami bende ni...
org ckp,kalo org kelantan tu,poyo2...kdg tu,mmg la betul,tp aku tgk org negeri lain pon ble tahan jugak kadar kepoyooan nye...mungkin bahasa kltn sedikit sebyk mpengaruhi...tp im proud 2 be kelantanese :)
Masing2 mcm bagus saje mperkatakan bende2 mcm ni...tp,as long as ko ngn husband tiada sengketa,tu pon dh bagus...buktikan yang apa yg mereka ckp2 tu tak semuanya benar...cleaner indonesia tmpt aku ni,jauh lagik bagus dr mat2 rempit kt m'sia ni..aku penah ttinggal duit,dia pulangkan balik...kebaikan tu tak terletak pd pangkat,negara,negeri,keje ape,atau pape saje lah..yg penting diri manusia tu...ini mcm kes kt IC tulis islam,tp alcoholic kan... :)

shu said...

hm sabar ye kuza. ok ape bahasa kelantan. aku asal ckp kelantan dpn ko sure kena kutuk. mcm siam le ape le. sabo je lah.

yeah. biarlah ape org nak kate, kan?

its just that, its nice to have conflicts and etc. cuma, dlm idup ni kalo takde conflict, cabaran or masalah, kurang la erti kehidupan ni kot.

:)