Thursday, February 28, 2013

Budi bahasa budaya kita

Dulu tahun 2005 or so, masa bekerja di client site, pernah seorang consultant dari india bertanya apa maksudnya "budi bahasa budaya kita".

Dia kata ternampak di dlm train/train station. Saya pun mentranslate. "is it?" tanya dia. Betul ke kita berbudi bahasa. Saya menjawab semampu saya. Iklan yang terpapar di train station tu cuma antara cara memupuk kita berbudi bahasa, rasanya lah.

Tapi memang rasanya berbudi bahasa ni dah makin kurang dalam kehidupan kita sekarang. Saya pun sama lah.

Terima kasih.

Tumpang lalu.

Maaf.

Assalamualaikum.

Selamat pagi/morning.

Blh saye bantu?

Teramat susah untuk kita lafazkan kata2 ni. Tak kira la dlm bahasa malaysia ke, english ke, chinese ke, arab ke. Dah hilang rasa rendah diri kah kita?

Kadang2 terfikir knp ye. Dari kecil kita diajar beradab. Parents ajar, cikgu2 ajar. Hormat yg tua. Sayangi yg muda.

Dah besar, semuanya mcm pyh sgt kita nak buat.

Di sekolah diajar beratur tunggu giliran, dah besar panjang, pegi ATM nak withdraw money pun tak reti nak beratur, kena potong Q. Kat mana2 pun. Org kita mmg kurang suka beratur kot. Tak hormat hak orang. Lemah tgk.

Dalam train, ada ibu mengandung, ibu dukung anak, orang tua, masih ada yang mahu offer seat dia pada mereka. Hm, what we give, we get back. Bile orang buat baik, kita sindir plk, nak tunjuk baik, katanya. Aih payah.

Kalau waktu saya kecil, makngah sering pesan, bila duduk di sofa, ada yg lbh tua dtg di area yg sama tapi takde seat, yg muda2 ni turun. Sekarang mane lah ade lg. Same mcm dalam train. yang penting, diri sendiri dulu. Ye, mungkin rasa rendah diri & menghormati makin kurang. Sayangnya.

Berlanggar bahu dgn orang, tiada lagi kata2 Maaf. Buat muka ketat pulak dia.

Macam2 lagi. Mungkinkah sbb kita rasa kita dah moden? Moden kah kita?


Bukan semua dah hilang budi bahasa. Ramai juga yang masih beradab. Tapi kurang dah.

Entry ini bkn bermaksud saye ni sgt berbudi bahasa, tidak. Cuma, terfikir je ttg perkara ni. Harapnye diri ni pun blh belajar utk lbh beradab dan selalu being considerate.

Saya berharap, saya dan suami dapat didik anak jadi insan yg berbudi bahasa. Nama dah imran. In Sha Allah, berkat doa & usaha, serta bimbingan dr parents n in laws, kami boleh. Amin. Doakan jg ya!


<3 <3







No comments: