Saturday, April 23, 2016

2016! Big boss dah mula sekolah lah!

Hee.. tah hape2. seriously terlupa pernah ada blog walaupun dulu sibuk sgt membebel kat sini tetiap hari meskipun takde cerita menarik.

OK, berbalik pada cerita terkini. 2016 membawa banyak lah jugak perubahan dalam kehidupan kami. Hoooo.. Padahal...

Imran dah masuk sekolah rendah. Alhamdulillah permulaan darjah satu yang baik. tak nangis walaupun berdebarnya dia hanya Allah yang tau. Ibu dia punya berdebar laaagi lah toksah cerita. Hari pertama, kami dah datang lambat, hee. Almaklum, sebelum ni imran start sekolah pukul 8.30pagi, untuk sampai sekolah sebelum 7.20am memerlukan kekuatan yang hebat dari kami bertiga. hee. Sampai sekolah, semua orang dah beratur and tgh nyanyi Negaraku. Nasib baik ramai jugak yang lambat. Kami hantar dia kat tempat kumpulan dia beratur, kami pun pegi kantin sebab ade briefing dari guru besar. Lepas tu, kami pun balik. Comel je balik. Imran duit untuk makan masa rehat pun aku lupe kasik. ngeng lah. Dia bawak bekal, tapi.. rasa bersalah ade le jugak. Sian kan. Mak-mak orang lain ade jugak yang tunggu sampai time balik. Aku ni konon nak anak cepat berdikari.

Tiba masa nak jemput dia dari sekolah, 10 minit sebelum tu dah sampai area sekolah, sayangnya, sebutir parking pun tak ade. oits. kegilaan apa kah ini? Hm, sori, ni hari pertama ambik anak, naif sungguh. orang lain dah dtg 30mins earlier rupanya. pengsan aku. dah la sangkut dalam jam sebab ade hamba Allah yang sangatlah bertimbang rasa, tinggal je kereta tengah jalan dan terusss pegi depan gate sekolah amik anak dia. ngeng dia lagi teruk dr aku. terpaksa call ayah imran yg kebetulan working from home, untuk datang park jejauh, jalan sampai gate sekolah utk amik imran terchenta. ye, anak tu terkulat2 sedih sayu, tapi tak nangis, kesian sgt. first day ibu kamu dah buat hal yek.

Esoknya, 40minit sebelum sekolah habis, ibu yang ayu ni dah sampai, park kereta dengan comel. Sekarang, lepas 4 bulan sekolah, ibu dia dah expert dah tang mana nak park yang paling selamat dan cepat dapat cabut dari kegilaan jam sesak depan sekolah. Sampai sekarang aku tak paham logik nak kena park tengah jalan utk amik anak. sangat lah tak bertimbang rasa.

Jadi, buat yang terbaca, tolong le, tak payah nak park kereta tengah jalan kalau nak amik anak ke, kucing ke, ape2 ke. Buat naya orang je. Tak pepasal berbakul aku menyumpah hari tu.

Mata dah tak boleh bukak.

-_-


No comments: