Wednesday, December 14, 2016

2016 is almost at the end

Alhamdulillah.

Begitu begini, dengan itu ini, 2016 hampir selesai. Banyak juga perkara baru untuk kami tahun ni. Imran baru bermula sekolah rendah, ini perubahan yang paling besar kami lalui, erm, imran lah yang paling terasa.


Tahun 1 ni imran kelas 1 Arif, imran melalui hari2 dengan tabah. Awal2 susah juga nak dapat kawan, sbb imran rasanya tak berapa reti berkawan dengan budak melayu, selain sepupu sepapat, dulu kengkawan sekolah bukan lah anak melayu jati yang berbahasa melayu. Jadi, sesetengah bahasa kawan2 di sekolah imran rasa pelik, begitu lah juga kawan2 mungkin terasa imran pelik sbb bercakap dalam bahasa Manglish nya sendiri. Sian. Tapi budak2, mudah menyesuaikan diri. sekejap je dah ok, terutamanya lepas dia dapat duduk sebelah budak2 yang kurang abusive dan kasar bahasanya. Imran nampak lebih gembira dan mahu ke sekolah.

Dari segi pembelajaran, awal2 memang susah, ya, sebab bahasa juga, imran kurang lah paham bahasa melayu sebab di kindergarten dulu semuanya dalam bahasa inggeris. Jawi pun ke laut. Tapi bila tiba masa exam, ok je. Bahasa Arab pun boleh je. Bahasa melayu masih ke laut sampai hujung tahun haha, tapi ada peningkatan. English, Alhamdulillah, no problemo, for now. Tahun depan pun imran dapat ke kelas yg baik, syukur. Tak perlu kita push sgt, kalau itu kemampuan dia, yea, camtu lah kan. Chills.

2016 ni tahun yang paling tak banyak pergi jalan, dah simpan hajat, tiap tahun kita sekurang-kurangnya akan ke satu tempat yang kita belum pernah pergi sebelum ni. Bumi Allah ni luas, kalau kita tak pernah mengimpikan untuk ke tempat lain, alangkah rugi nya. Bila lah nak sampai kelantan ni, sesungguhnya dalam banyak2 negeri di malaysia, kelantan belum pernah kami sampai. haish. Tapi, tahun ni memang kami tak sempat banyak berjalan, dengan kekangan kerja, business, sekolah, hm, tahun 2017 ni perlu lebih pandai urus masa dan wang ringgit yg makin menurun nilai nya, agar dapat selit kan mana2 tempat menarik utk kami pergi jengah, ecehh. Proposal untuk encik suami perlu disediakan.





No comments: