Wednesday, December 14, 2016

Bercuti ke Kundasang, Kota Kinabalu dan Karambunai

Day 1

Dari KL kami tiba kat Kota Kinabalu sekitar jam 12:55pm. Kalau nak lagi bagus, ambik la flight sesubuh yang boleh, awal sampai lagi bagus. Kitorang hari tu amik flight 10:20am sbb tak larat nak bgn awal sgt, malam sebelumnya busy tutup kiosk. Selesai urusan imigrasi, kami keluar, ambil kereta sewa (yang kitorang sewa dari Razali (014-2011144) - rate dia ok) di depan pintu ketibaan.

Lepas tu terus je kami ke Kundasang. Sebab dah kenyang makan dalam airplane, jadi nye kami pun takde berhenti untuk makan tengahari lagi. Dengan hujan punya lah lebat, kami sampai kundasang dan checked in kat Kinabalu Pine Resort lebih kurang hampir pukul 4pm. Cuaca ok la, nak kata sejuk sgt tak, panas pun tak, biase je.Tak sesejuk yang kami jangka. Disebabkan pergi bulan Disember yang mmg musim hujan, jadi, redah lah kehujanan yang melanda.

Tips cari hotel kat kundasang (bagi kami le kan):
1) cari yang ada view cantik
2) cari yang ada restoran
3) cari yang mudah park kereta
4) cari yang ada water heater, sejuk weh air dia

haha banyak cekadak. Tapi Kinabalu pine ni memang ticks semua tu lah. Kami menginap semalam di situ. Petang tu relaks je kat hotel, tengok2 pekan and pasar kundasang. Kebetulan kami pergi hari Khamis, ada pasar kat town tu dr tghari khamis sampai tghari jumaat kalau tak silap. Kami dinner di KFC kat town tu je malam tu.

Day 2.

Esok nya pagi2 dah duduk kat balcony, baru tau rupanya bilik tu betul2 mengadap Gunung Kinabalu. Haha, dari semalam imran dok tanya mana gunung nye, tak nampak, kabus je. Pagi2 around 6:30-7:30am tu kami nampak jelas lah jugak gunung Kinabalu, lepas tu, dah hidden belakang kabus. So, pagi2 dah dok posing2, haha, tak pernah2 buat perangai mcm ni. Lepas sarapan di hotel (sarapan kat hotel ni, biasa je, jangan lah expect memacam sangat, makan je), kami ke Taman Kinabalu. Pusing2 dengan kereta. Kalau rajin hiking boleh juga ikut trails yang ada. Pakai lah pakaian yang sesuai. Oh ya. untuk masuk ada fees dia. Lupa dah. Tak lah mahal sgt. Kami naik sampai Timpohon Gate je, tak naik sampai puncak hehe. Lepas terserempak dgn anak ular atas jalan masa nak balik ke kereta balik dr Timpohon Gate, dah i dok diam2 je dalam kereta, haha dasar penakot.

Lepas tu, kami terus ke Desa Dairy Cattle Farm. Kat situ boleh lah tgk cattle, kambing, nak beli susu segar ke, nak bagi makan lembu and kambing, nak makan ice cream, nak bergambar dengan view Gunung Kinabalu (ni kena datang awal rasanya by 9am or so), padang menghijau, lembu2, view ade sikit macam NZ, katenye. Tak tau lah betul ke tak, nanti bila dah sampai NZ kitorg confirmkan ye ke tidak.

Lepas tu kami cari makan, makan kat restoran Intan, bawah masjid Kundasang. Lepas selesai semua kami bergerak ke Kota Kinabalu. Checked in ke Shangri La Bandaran. Hotel ni bukan Shangri La yang 5star punya, ni 3 star. Biase je, hotel lama, dekat dengan town, senang cari makan dan ade private parking. ha kalau sewa kereta tu la satu kena pikir, mana nk park kereta. jangan main book hotel yang ssh cari parking. Malam tu kami cari seafood untuk dinner. Kami ke Gerai Sinar Delima. Kedai ni depan lagi dr Pasar filipino, pasar kraftangan, pasar basah, ha dia sebelah tu. Erm, food dia, ok la. Dah lapar, sental je semua. Harga pun ok lah. orang kata kat sini lagi murah dari kedai2 kat pasar filipino, i tak sure la, sbb tak pernah p sana. hehe.

Day 3.

Breakfast kat hotel ni boleh dikatakan so - so je. Almost ke tahap mengecewakan, tapi tak apalah. Haha. Lepas tu rehat2 kat hotel sekejap. Then kami berjalan ke Nasi Kukus D'garden, dekat je rupanya dengan hotel. Oh ya, parking kat KK town ni pakai coupon, so tgk2 timing korang nak park tu, kalau kena bayar sila la beli coupon, sbb mmg bila berjalan merata nampak org kena saman kalau tak letak coupon, mmg majlis perbandaran dia check le maksudnye. dtg bandar org, kita ikut le rules dia, ye.

Nasi Kukus d'Garden tu org kata SEDAAAPPP, tapi kitorg kate ok le haha. Sbb dah biasa makan yang lebih berasa dan banyak kuah sket. Tapi, ok la not too bad. Air, kalau ade air sendiri, bawak je le air sendiri. heeee. ikut memasing lah.

Lepas tu kami pun checkout dan bergerak ke Karambunai. Dalam 40 minit perjalanan. Kami checked in ke Sabah Beach Villas & Suites. Alhamdulillah semua ok. Kat sini boleh masak sendiri sbb ade dapur bagai. So, boleh la bawak segala bahan yang nak. Dia tak ada restaurant. Nak makan kat restaurant boleh pegi ke area2 Poli KK tu ade kedai2 jugak. Pastu boleh je pegi ke Nexus sebelah tu ada je restaurant. So, aktiviti kat sini, basically, makan, masuk laut, main pasir, masuk pool, balik bilik, rehat, tido,  dan ulang lagi. haha. Laut dia ok la, tak la kotor sgt, pasir halus tapi bukan yg putih melepak macam kat Tanjung Rhu Langkawi heeee. Laut dia landai, tapi ombak kuat juga. Best lah.

Day 4.

Basically, makan, masuk laut, main pasir, masuk pool, balik bilik, rehat, tido,  dan ulang lagi.

Day 5.

Check out.

Lunch di kedai makan nasi ayam penyet on the way ke KK, Allahuakbar, lupa sudah nama dia. Ok juga pedas. Dah berapa hari tak merasa makanan pedas heee.

Lepas tu kami ke Signal Hill. Makan ice cream, tgk2 around, takde ape sgt. Kami ke Pantai Tanjung Aru pula. Jalan2 makan angin, then its time to head to the airport.

Return balik kereta, then kami pun pulang.

Disebabkan flight kami pukul 6:35pm, kami dapat tgk sunset yang sangat cantik dr tempat menunggu kat airport. Cantik nau. hehe.

With that, we bid goodbye to KK. Its been a good getaway for us. Alhamdulillah semuanya selamat.

#gambar akan menyusul kemudian

No comments: