Thursday, December 15, 2016

Resipi Kek marble for 3

Kek ni resipi dia resipi butter cake sebenarnya, tapi dah diolah sket jadi marble cake for 3. Kenape for 3, sbb isi rumahtangga ni ade 3 je, tak kuase i nak bake bebanyak. Jadi kalau agak2 untuk makan ramai, sukatan ni tak sesuai ya. Resipi lain bnyk lagi dgn bahan yg lebih lengkap, ni kitorg buat ape yg ade kat rmh je.




Bahan2:

50grm butter (use anchor or scs or any good butter)
40gm gula halus (kek ni mmg tak manis sgt, nak manis tambah lagi 20gm max i think)
60grm tepung naik sendiri
1/4 tsp vanilla essence
1 biji telur
1 sudu choc emulco atau serbuk koko
2 sudu susu segar

Cara2:
1) Grease kan or alaskan  acuan kek. Panaskan oven 175°c.
2) kacau butter dan gula sampai gebu.
3) masukkan telur.
4) masukkan vanilla essence
5) masukkan tepung sikit2 sampai hbs, sambil kacau, masukkan susu sikit2. Jangan tuang semua susu sekali harung, tgk agak2 adunan dah agak lembut, cukup lah, kalau masih terlalu pekat tambah sikit lg susu.
6) bahagi dua adunan tu, satu pure butter flavour, satu tambahkan chocolate emulco atau serbuk koko, kalau adunan yg ada serbuk koko ni pekat sgt, tambah sikittt susu.
7) pastu masukkan adunan yg vanilla sikit dlm dua scoop, pastu coklat atas dia, pastu ulang lg, sampai lah dia bersusun selang seli camtu lah.


Ha gambar atas ni lepas dah masukkan semua adunan.

8) lepas tu boleh bakar dalam 25-30 mins. Agak2 ok.


Dah siap!!! Yayyyy!!!




No comments: